Fahmi Kepada Chean Chung: ‘Good Luck To Him’
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menghadiri Program MADANI Kita bersama Komuniti Kota Anggerik@Shah Alam di Dewan Melati Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Oktober 2026. Foto Kementerian Komunikasi
SHAH ALAM, 3 Okt – Kerajaan MADANI memberi jaminan akan terus memberikan khidmat kepada rakyat di Petaling Jaya biarpun Lee Chean Chung telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, tidak lama menjelang pembukaan sidang Dewan Rakyat, 5 Oktober depan.
Jaminan tersebut diberi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang menjelaskan, walaupun kawasan berkenaan tiada Ahli Parlimen atau ahli parlimen telah terhenti perkhidmatan tetapi kawasan parlimen berkenaan masih mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Cabang serta ahli majlis yang boleh bantu menyelaraskan permohonan termasuk sumbangan.

Mengulas lanjut perihal Chean Chung, Fahmi memberitahu, beliau sudah lama tidak menghadiri apa-apa mesyuarat parti dan program parti termasuk Kongres Tahunan Nasional KEADILAN 2026 di Melaka, bulan Ogos lepas.
“Itu pilihan beliau, kita hormati pilihan beliau. Tapi seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden KEADILAN, khidmat kepada rakyat terutamanya di Parlimen Petaling Jaya akan diteruskan.

“Kita ada Ketua Cabang, kita ada ADUN, kita ada ahli majlis dan pihak ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) Selangor juga akan membantu untuk pastikan apa-apa permohonan termasuk untuk sumbangan.
“Jadi, ‘good luck to him’,” katanya selepas merasmikan Program MADANI Kita (PMK) bersama-sama komuniti Kota Anggerik @ Shah Alam, di sini hari ini.

Fahmi mengulas isu peletakan jawatan bekas ADUN Semambu itu yang menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili KEADILAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 namun ‘mengikut jejak’ kem dikaitkan bekas timbalan presiden, Rafizi Ramli.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
