Fadhlina Kini Bergelar Datuk Seri

Fadhlina dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 24 Ogos 2026.
MELAKA, 24 Ogos – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mendahului senarai 10 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.
Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd. Halim Aman.
Penganugerahan berkenaan diberikan sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Penerima D.G.S.M. turut melibatkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dr. Muhamad Norazlan Aris; Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Hiliran PETRONAS, Datuk Seri Sazali Hamzah serta Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin.
Seramai 189 penerima menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk termasuk penggiat seni tanah air, Datuk Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

