F1: Sukar Sesuaikan Tayar Tambah Tekanan Buat Antonelli

IMG_9726

Kimi Antonelli berpeluang muncul juara termuda F1 sekiranya menamatkan perlumbaan F1 Grand Prix Mexico sekurang-kurangnya di tangga kesembilan pada 1 November 2026. Foto F1

MEXICO CITY, 1 Nov – Jaguh Itali, Kimi Antonelli mengakui mula berasa tertekan dan gagal mempamerkan prestasi terbaik sebelum ini apabila hanya menamatkan sesi kelayakan di tempat kelima menjelang Grand Prix (GP) Mexico, di sini, awal pagi esok.

Pelumba Itali berusia 20 tahun itu berpeluang mencipta sejarah sebagai juara dunia Formula Satu (F1) termuda sekiranya berjaya mengesahkan gelaran pada perlumbaan di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez.

Bagaimanapun, Antonelli akan memulakan perlumbaan dari petak keempat selepas juara dunia empat kali, Max Verstappen dikenakan penalti petak permulaan.

Kimi Antonelli berpeluang muncul juara termuda F1 sekiranya menamatkan perlumbaan F1 Grand Prix Mexico sekurang-kurangnya di tangga kesembilan pada 1 November 2026. Foto F1

Dia hanya perlu menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan atau lebih baik untuk memastikan gelaran dunia pertama menjadi miliknya, meskipun pencabar utama, rakan sepasukan Mercedes, George Russell atau juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan.

Hamilton akan memulakan perlumbaan dari petak utama buat kali ke-105 dalam kariernya, selain yang pertama bersama Ferrari, manakala Russell berada di petak kedua.

Kedua-dua pelumba itu masing-masing ketinggalan 124 dan 123 mata di belakang Antonelli dalam kedudukan kejuaraan dunia.

Kimi Antonelli berpeluang muncul juara termuda F1 sekiranya menamatkan perlumbaan F1 Grand Prix Mexico sekurang-kurangnya di tangga kesembilan pada 1 November 2026. Foto Mark Sutton/Formula 1 via Getty Images

Antonelli mengakui kesukaran mendapatkan keserasian dengan tayar ketika sesi kelayakan terakhir (Q3) menjejaskan keyakinannya.

“Saya bergelut untuk mendapatkan pelarasan yang baik dengan tayar ketika Q3. Saya tidak mempunyai keyakinan sepenuhnya dan saya akui berasa sedikit tertekan.

“Pusingan itu tidak begitu baik dengan banyak kesilapan dilakukan di beberapa bahagian, tetapi secara keseluruhan saya masih berada di petak keempat dan banyak perkara boleh berlaku esok.

Pemandu Ferrari, Lewis Hamilton meraikan kejayaan meraih petak utama F1 GP Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City pada 31 Oktober 2026. Foto Reuters

“Ini bukan hujung minggu yang mudah dan sejujurnya saya masih belum pulih (jangkitan virus) sepenuhnya.

“Memikirkan apa yang mungkin berlaku sekarang mula bermain dalam fikiran dan saya sememangnya berasa lebih tertekan berbanding kebiasaan,” katanya.

Sekiranya berjaya mengesahkan kejuaraan, Antonelli bakal menjadi juara dunia termuda dalam sejarah F1, selain pelumba Itali pertama memenangi gelaran itu sejak Alberto Ascari melakukannya bersama Ferrari pada 1953.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *