F1: Malaysia – Bahrain Perkukuh Hubungan, Perluas Kerjasama Strategik – PM Anwar

IMG_7180

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Putera Mahkota Bahrain berbual bersama Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Zak Brown di SIC, Sepang pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

SEPANG, 3 Okt – Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, di kawasan paddock Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang tadi menyerlahkan hubungan Malaysia-Bahrain terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik termasuk dalam bidang permotoran berprestasi tinggi seperti Formula One (F1).

Kerjasama tersebut terserlah apabila Anwar yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan keberangkatan Putera Mahkota Bahrain yang tiba di Pangkalan TUDM Subang pagi tadi dan melakukan lawatan khas ke Malaysia sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Putera Mahkota Bahrain berbual bersama Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Zak Brown di SIC, Sepang pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Anwar menzahirkan penghargaan atas dukungan Kerajaan Bahrain dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang memungkinkan perlumbaan F1 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat kali pertama sejak 2017 menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Penghargaan daripada Perdana Menteri turut dizahirkan kepada Bahrain International Circuit (BIC), Sepang International Circuit (SIC) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas kerjasama erat sejak Julai lalu sehingga persiapan perlumbaan itu berjaya direalisasikan dalam tempoh singkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al-Khalifa di kawasan paddock Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 3 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pertemuan ini turut kami manfaatkan untuk membincangkan ikhtiar memperkukuh hubungan Malaysia dan Bahrain, termasuk mempercepat rundingan pegawai kanan bagi menggerakkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi serta memacu agenda dua hala secara strategik,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Bahrain turut bertekad memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang selaras aspirasi Ekonomi MADANI dan Wawasan Ekonomi Bahrain 2030 (BER2030).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Putera Mahkota Bahrain berbual bersama Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Zak Brown di SIC, Sepang pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Antara bidang kerjasama yang diberi tumpuan ialah kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembuatan pintar.

“Malaysia mengalu-alukan pelaburan Bahrain, sementara syarikat Malaysia bersedia memanfaatkan Bahrain sebagai pintu masuk ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC), demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Putera Mahkota Bahrain berbual bersama Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Zak Brown di SIC, Sepang pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Anwar turut berharap delegasi Bahrain, seluruh pasukan, pelumba dan pengunjung dapat menikmati hujung minggu perlumbaan yang lancar dan sempurna.

Anwar turut bertemu Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali dan Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown semasa tinjauan persiapan di paddock selepas sesi kelayakan perlumbaan berakhir jam 5 petang tadi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *