F1: Kemarau Hamilton Sejak 2023 Berakhir Di Mexico City

IMG_9714

Pemandu Ferrari, Lewis Hamilton meraikan kejayaan meraih petak utama F1 GP Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City pada 31 Oktober 2026. Foto Reuters

MEXICO CITY, 31 Okt – Penantian Lewis Hamilton hampir tiga tahun untuk kembali meraih petak utama berakhir setelah merampas petak utama pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, di sini, awal pagi tadi.

Pelumba Ferrari itu mencatat masa terpantas satu minit 16.514 saat (s) untuk mengatasi jaguh United Kingdom (UK), George Russell daripada Mercedes dengan kelebihan hanya 0.009s.

Rakan sepasukan Hamilton, Charles Leclerc melengkapkan tiga kelompok terpantas apabila ketinggalan 0.119s di belakang pelumba Britain itu.

Pemandu Ferrari, Lewis Hamilton meraikan kejayaan meraih petak utama F1 GP Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City pada 31 Oktober 2026. Foto Reuters

Kejayaan itu menyaksikan Hamilton meraih petak utama pertamanya sejak 2023, sekali gus mencatat sejarah sebagai pelumba tertua memulakan perlumbaan Formula Satu (F1) dari petak utama sejak Mario Andretti pada 1982.

Hamilton yang kini berusia 41 tahun turut mengakui cukup gembira dengan pencapaian berkenaan, selain menyifatkannya sebagai detik istimewa bersama Ferrari.

“Sungguh menakjubkan. Perasaan ini sangat hebat. Saya rasa ini petak utama pertama saya bersama Ferrari dan angka 105 itu memang saya suka.

Pemandu Ferrari, Lewis Hamilton (tengah) meraih petak utama di hadapan George Russel (kiri) dan Charles Lecrec (kanan) pada sesi kelayakan F1 GP Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City pada 31 Oktober 2026. Foto F1

“Apabila ada kemahuan, pasti ada jalan,” katanya.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia, Kimi Antonelli mencatat masa kelima terpantas, namun pelumba Mercedes itu akan memulakan perlumbaan dari petak keempat susulan penalti satu petak yang dikenakan terhadap Max Verstappen.

Verstappen yang mencatat masa keempat terpantas dikenakan penalti berkenaan susulan insiden perlanggaran dengan Liam Lawson ketika sesi latihan bebas pada Jumaat.

Pemandu Ferrari, Lewis Hamilton kini memiliki 105 petak pendahulu selepas sesi kelayakan F1 GP Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City pada 31 Oktober 2026. Foto F1

Antonelli kini hanya perlu menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan atau lebih baik untuk memastikan gelaran dunia menjadi miliknya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *