F1: Bukan Mudah Antonelli Jadi Juara Termuda Dalam Sejarah

IMG_9830

Kimi Antonelli menerima pelukan tahniah daripada rakan sepasukan Mercedes-AMG-PETRONAS, George Russel sebaik disahkan selaku Juara Dunia Formula 1 di Mexico City pada 2 November 2026. Foto F1

MEXICO CITY, 2 Nov – Kejayaan Kimi Antonelli mencipta sejarah sebagai juara dunia Formula Satu termuda bukan datang dengan mudah.

Kelebihan mengatur strategi dan keazaman mahu menebus kekecewaan di Circuit of The Americas (COTA) di Austin minggu lalu menjadi pembakar semangat dengan mempamerkan pemanduan hampir sempurna untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bersama Mercedes pada Grand Prix Mexico awal pagi tadi.

Keluar selaku juara termuda pada usia 20 tahun di hadapan 278,000 peminat F1 seluruh dunia, tiada apa yang ingin diraikan kecuali menzahirkan ucapan terima kasih kepada prinsipal pasukan, Toto Wolf dan jurutera yang bekerja keras sepanjang minggu.

Max Verstappen melintasi garisan penamat sebagai pemenang, namun tumpuan terarah kepada pelumba muda Itali itu yang merangkul gelaran pada usia 20 tahun 68 hari, lebih tiga tahun muda berbanding Sebastian Vettel ketika menjuarai kejuaraan pada tahun 2010.

Antonelli menjadi pelumba Itali pertama memenangi gelaran itu sejak Alberto Ascari pada tahun 1953.

“Kami berjaya. Saya tidak akan berada di sini tanpa Mercedes dan keluarga saya.

“Saya amat bersyukur dengan detik ini. Ia akan kekal bersama saya selama-lamanya. Saya tidak mampu berkata apa-apa dan masih cuba memahami apa yang berlaku.

“Ini musim yang luar biasa. Berkongsi podium dengan Max dan Lewis (Hamilton) juga sesuatu yang hebat. Saya menantikan lebih banyak persaingan pada masa depan,” kata Antonelli yang sebak selepas meraih sembilan kemenangan setakat musim ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *