F1: Bayangan Kemungkinan Kembali Ke Malaysia – PM Anwar

IMG_7264

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

SEPANG, 4 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kemungkinan perlumbaan Formula Satu (F1) kembali dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.

Perkara itu disampaikan Anwar ketika ditemu bual laman sukan dunia Sky Sports ketika menyaksikan sesi perlumbaan F1 Gulf Air Grand Prix (GP) Bahrain di Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan F1, Anwar berkata perkara tersebut sedang dibincangkan.

“Saya menantikannya. Kami sedang berbincang,” katanya dalam temu bual berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Anwar turut menyifatkan penganjuran acara permotoran di Malaysia sebagai sesuatu yang hebat dan memberi manfaat kepada negara serta syarikat tempatan.

Dalam nada berseloroh, beliau turut mengakui cuaca panas dan lembap Malaysia agak mencabar berbanding keadaan yang biasa dialami pelawat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

“Tengoklah, saya sudah basah kuyup, tetapi tetap teruja.

“Anda dapat lihat seluruh negara turut meraikannya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan kembali spekulasi mengenai kemungkinan F1 kembali ke Malaysia, selepas negara pernah menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij berkenaan di SIC dari 1999 hingga 2017.

Bagaimanapun, Anwar tidak mengesahkan tarikh atau butiran sekiranya Malaysia benar-benar kembali menjadi tuan rumah F1, sebaliknya hanya menyatakan bahawa perbincangan mengenainya sedang berlangsung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *