Esma Daniel Terkena Strok, Dirawat Di HCTM

Esma Daniel bergambar bersama kakitangan perubatan HCTM selepas menjalani rawatan strok. Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pelakon Esma Daniel mendedahkan beliau telah terkena serangan angin ahmar atau strok pada 10 November lalu.
Menurut Esma atau nama sebenarnya Esma Daniel Md Isa, 55, kejadian berlaku sebaik sahaja dia selesai menikmati makan malam bersama isteri, Nur Atira Mazlan, 31.
Katanya, bahagian kiri tubuhnya mula tidak dapat berfungsi dengan baik, apabila tidak dapat mengangkat gelas minuman dan kaki mula lemah sehingga hampir jatuh.
“Sebaik selesai larian rutin, saya menikmati makan malam bersama isteri. Tiba-tiba saya merasakan tangan kiri tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri saya mendapati muka saya agak herot.
Tambah Esma, dia bagaimanapun membuat kesilapan tidak segera ke hospital biarpun diminta berbuat demikian oleh isterinya.

Sebaliknya, bintang Juang itu mengambil pendekatan untuk berehat di rumah dan hanya ke klinik keesokkannya.
“Selepas mendapati tekanan darah tinggi mendadak naik lalu cuba baring dengan kedudukan kaki dinaikkan.
Beliau kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras dan dalam pemantauan pasukan perubatan.
“Doktor bertugas ketika itu agak menyesali tindakan saya lambat ke hospital,” jelasnya.
Menurut Esma, sekiranya angin ahmar dirawat dalam tempoh segera, pihak hospital boleh melakukan teknik trombektomi endovaskular iaitu teknik rawatan terkini bagi mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di otak dan menyebabkan angin ahmar atau strok.
“Prosedur ini lazimnya dilakukan dalam lingkungan masa 24 jam selepas serangan strok.
“Namun begitu doktor berpendapat saya harus diberi peluang menerima rawatan itu memandangkan saya aktif bersukan.
“Ia memberi kemungkinan otak dan organ badan saya masih berfungsi dengan baik walaupun selepas 24 jam serangan strok,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web