Enam Sekolah Di Melaka Tengah Terima Kemudahan Baharu – Fadhlina

IMG_7125

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyaksikan Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap JKR Melaka kepada Kementerian Pendidikan pada 2 Oktober 2026. Foto Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Sebanyak enam buah sekolah di Melaka Tengah menerima kemudahan baharu menerusi kerja menaik taraf fasiliti di sekolah berkenaan.

Perkara tersebut dikongsikan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi hantaran di media sosial dengan berkata, kemudahan baharu diberikan itu adalah mengikut keperluan sekolah terbabit.

“Bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin sudah digantikan dengan bangunan baharu empat tingkat.

SK Taman Bukit Rambai kini mempunyai dewan terbuka berbumbung serta gelanggang serbaguna.

“Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah pula menerima tambahan bilik darjah,” katanya.

Turut hadir pada majlis penyerahan kemudahan itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Menurut hantaran itu, murid-murid di SK Taman Bukit Rambai dan SK Kampung Gelam pula kini mempunyai dewan terbuka berbumbung serta gelanggang serbaguna.

Manakala, SK Paya Rumput dan SK Lereh pula menerima tambahan bilik darjah melalui pembinaan modular dan sistem binaan berindustri (IBS).

SK Paya Rumput dan SK Lereh menerima tambahan bilik darjah melalui pembinaan modular dan sistem binaan berindustri (IBS).

“Keperluan setiap sekolah memang berbeza. Ada yang menunggu bilik darjah. Ada perlukan ruang untuk bersukan dan bangunan perlu dibina baharu.

“Kerja kita ialah teliti mana yang perlu didahulukan dan gerakkan sampai selesai. Alhamdulillah, hari ini tujuh projek selesai di Melaka Tengah,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *