Disyaki Terlibat Kes Rogol OKU, Warga Asing Diburu

Operasi bermula jam 12.01 tengah malam hingga 6 pagi tadi itu, turut dipantau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu bersama Pengarah Imigresen negeri. Foto PDRM

KEMAMAN, 10 Ogos – Polis Terengganu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri melaksanakan Operasi PATI Khas di kawasan Bakau Tinggi, awal pagi tadi, bagi mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rogol membabitkan seorang mangsa Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, operasi bermula jam 12.01 tengah malam hingga 6 pagi tadi itu, turut dipantau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu bersama Pengarah Imigresen negeri.

“Sepanjang operasi, seramai 33 individu diperiksa melibatkan enam warga tempatan dan 27 warga asing, termasuk lelaki, wanita serta kanak-kanak,” katanya.

Daripada jumlah itu, dua lelaki warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Polis memaklumkan operasi bersepadu itu, merupakan antara langkah penguatkuasaan berterusan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri terhadap warga asing yang disyaki melanggar undang-undang, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Polis turut mengingatkan masyarakat agar menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau berunsur provokasi.

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *