Didakwa Hina Islam, Malaysia, Pengawal Keselamatan Warga Nepal Disiasat

IMG_5312

Pengawal keselamatan Nepal dibawa ke Balai Polis Jinjang dan keterangannya sudah diambil pada 4 September 2026. Foto tular

KUALA LUMPUR, 4 Sep – Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang didakwa memuat naik kandungan menghina agama Islam dan Malaysia di media sosial, kini disiasat selepas polis membuka kertas siasatan terhadapnya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa, laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh majikan lelaki berkenaan di Balai Polis Jinjang pada 31 Ogos lalu.

Menurut beliau, pihak syarikat keselamatan terbabit mengambil tindakan segera selepas mendapat maklumat mengenai hantaran berkenaan.

Hantaran di media sosial dipercayai milik pengawal keselamatan warga Nepal baru-baru ini yang mengundang kemarahan warganet.

“Pengawal keselamatan terbabit turut dibawa ke Balai Polis Jinjang dan keterangannya sudah diambil.

“Kami kini menunggu perintah penyiasatan (OTI) bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tindakan lelaki berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dia didakwa berterusan menyebarkan video di laman sosial yang menyentuh isu agama Islam dan Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web