Dewan Rakyat Lulus Belanjawan MADANI 2024 Menerusi Undian Suara

Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan diluluskan pada sesi Dewan Rakyat sebentar tadi. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 diluluskan hari ini selepas dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, sejak 16 Oktober lalu.

RUU Perbekalan 2024 ataupun Belanjawan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, malam ini.

Tiada permintaan untuk undi belah bahagi yang lazimnya dikemukakan pembangkang.

Perkara tersebut disahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail menerusi hantaran terbaharu di X sebentar tadi.

”Alhamdulillah, Belanjawan 2024 Negara d luluskan. Ramai juga pembangkang yang tiada dalam dewan,” ujar Rodziah.

Sesi undian itu dibuat selepas selesai penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ia kemudian disusuli dengan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang juga timbalan menteri kewangan bangun bagi membentangkan cadangan agar RUU berkenaan dibacakan untuk kali ketiga seterusnya diluluskan Dewan Rakyat.

Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan diluluskan pada sesi Dewan Rakyat sebentar tadi. Foto Arkib

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 dengan tema ‘Belanjawan Madani’ di Dewan Rakyat pada 13 Oktober lalu.

Kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang dikenali sebagai Belanjawan MADANI Kedua.

Ia menjadi belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.

Belanjawan 2024: Bonus RM2,000 Bagaikan “Angpau”

Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *