DAP Pun Hantar Wakil, Mengapa Pas Tidak?

IMG_7069

Hannah Yeoh selaku Menteri Wilayah Persekutuan hadir pada istiadat Pengebumian Negara buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah di Pusara Negara, Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Hannah Yeoh

PENDAPAT, 2 Okt – Seperti mana kita sedia maklum, hubungan DAP dan Tun Mahathir tidak baik.

Mereka boleh dikatakan sebagai musuh politik.

Namun, DAP menghantar pimpinan kanan mereka yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, YB Hannah Yeoh ke majlis pengebumian Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr Mahathir.

Seperti kita tahu juga, hubungan Tun Mahathir dan PAS baik.

Hannah Yeoh selaku Menteri Wilayah Persekutuan hadir pada istiadat Pengebumian Negara buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah di Pusara Negara, Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Hannah Yeoh

Malah PAS melantik Tun Mahathir sebagai penasihat negeri-negeri PAS atau SG4.

Tetapi kita tidak melihat pimpinan kanan PAS pada majlis pengebumian Tun Dr Hasmah.

Baik Pengerusi PN mahupun Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden PAS atau Setiausaha Agung mereka. Menteri Besar SG4 juga tidak hadir. (Kemaskini – MB Sanusi datang selepas mesyuarat EXCO- sehari selepas)

Sukar untuk meneka sebab munasabab tindakan PAS. Bagai seia sekata pula gayanya.

Hannah Yeoh selaku Menteri Wilayah Persekutuan hadir pada istiadat Pengebumian Negara buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah di Pusara Negara, Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Hannah Yeoh

PAS menuduh Anwar Ibrahim sebagai pendendam, tetapi Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri arah KSN dan PAT untuk buat majlis Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Anwar dan Isteri turut hadir melawat, menyantuni Tun Mahathir dan mendoakan mereka.

Siapakah yang berdendam sebenarnya? PAS atau Anwar?

Apakah PAS ikhlas berkawan dengan Tun Mahathir atau hanya menggunakan beliau untuk melawan Anwar?

Sekadar terfikir…

Hannah Yeoh selaku Menteri Wilayah Persekutuan hadir pada istiadat Pengebumian Negara buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah di Pusara Negara, Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Hannah Yeoh

Terima kasih

Fairul al Qasas

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *