Dakwaan MB Negeri Sembilan Dipaksa Tandatangan Proklamasi Dalam Siasatan

IMG_5900

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya pada 14 September 2026.

PUTRAJAYA, 14 Sep – Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim yang mendakwa dipaksa menandatangani proklamasi berkaitan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata ia masih dalam proses siasatan dan perkembangan lanjut akan dikongsikan sekiranya terdapat sebarang kemajuan dalam siasatan berkenaan.

“Kertas siasatan dah dibuka dan masih lagi dalam progres. Kalau ada kemajuan, seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas menghadiri Perjumpaan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail telah membuat laporan polis pada sekitar jam 6 petang pada 8 September lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web