CSA: Otak Wan Fayhsal Letak Kat Kepala Lutut Ke?

Kalau Wan Fayhsal kata CSA ni mengikat tangan pembangkang, tunjuklah klausa yang mengikat tu. Ada ke syarat tak boleh kritik Perdana Menteri?
PENDAPAT, 31 Okt – Baca kenyataan Wan Fayhsal ni, tergaru-garu kepala juga dibuatnya. Katanya, Ahli Parlimen pembangkang yang tandatangan CSA dengan kerajaan Anwar sekarang dah melutut. Wah, berat sungguh tuduhan tu. Macam dah gadai segala prinsip perjuangan pula bunyinya.
Tapi ada satu benda yang masih belum jelas dalam kenyataan dia. Klausa mana sebenarnya yang memaksa Ahli Parlimen melutut? Sebab setakat kata melutut, melutut, melutut, orang pun nak tahu juga apa yang dilututkan sangat tu.
Cuba tengok apa yang terkandung dalam perjanjian tersebut. Antaranya mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, memisahkan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya dan memberikan peruntukan pembangunan kawasan yang sama kepada Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang. Ini semua reformasi institusi yang dah lama orang bercakap.
Jadi pelik juga. Sokong reformasi institusi pun dah dikira melutut ke sekarang? Kalau macam tu, nak berdiri tegak kena buat apa? Tolak semua benda yang kerajaan cadangkan, walaupun benda tu baik untuk negara? Takkan sebab Anwar yang bawa, semuanya automatik jadi salah?
Memanglah CSA ni ada syarat menyokong kerajaan sehingga tamat penggal, termasuk Belanjawan 2027. Itu kena sebut dengan jelas. Tapi menyokong kestabilan kerajaan dalam perkara yang dipersetujui tak semestinya bermaksud kena jadi tukang angguk 24 jam. Kalau kerajaan buat silap, persoalannya sama ada perjanjian itu masih membenarkan mereka menegur dan mengkritik.
Kalau Wan Fayhsal kata CSA ni mengikat tangan pembangkang, tunjuklah klausa yang mengikat tu. Ada ke syarat tak boleh kritik Perdana Menteri? Tak boleh soal menteri? Tak boleh bangkitkan isu rakyat dalam Parlimen? Kalau ada, rakyat pun nak baca. Janganlah bagi gambaran macam orang dah kena ikat kaki tangan, tapi tali pun tak nampak.

Bukan bermakna semua syarat CSA mesti diterima bulat-bulat. Kalau ada klausa yang tak adil, bantahlah. Kalau ada yang boleh melemahkan fungsi semak dan imbang, dedahkanlah. Itu memang kerja pembangkang. Tapi biarlah bantahan tu berdasarkan isi perjanjian, bukan sekadar siapa paling lantang menjerit.
Sebab dalam politik ni, ada beza antara berunding dengan menyerah kalah. Ada beza antara bekerjasama untuk reformasi dengan menjadi pak turut. Kalau setiap kali pembangkang duduk semeja dengan kerajaan terus dituduh melutut, macam mana negara nak bergerak ke depan?
Jadi Wan Fayhsal, mudah saja. Tak payah cerita panjang siapa melutut, siapa berdiri. Tunjukkan klausa yang kononnya memaksa Ahli Parlimen melutut tu. Sebab rakyat nak baca isi perjanjian, bukan nak tengok pertandingan siapa paling tegak berdiri.
Oleh Ahmad Mursi
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

