CSA Landasan Perkukuh Kestabilan Politik, Pastikan Kelangsungan Pemerintahan – PM Anwar

IMG_9388

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement – CSA) yang ditandatangani Kerajaan MADANI dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini menjadi landasan untuk memperkukuh kestabilan politik, memastikan kelangsungan urusan pemerintahan serta memberi ruang kepada agenda pembangunan negara, termasuk Belanjawan 2027, dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik.

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

“Kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

“Semoga persefahaman ini menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua,” ujarnya.

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

Mewakili Kerajaan MADANI dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sementara ahli parlimen Bersatu yang menandatangani CSA berkenaan ialah Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Zulkarnain Abdul Khalid.

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

Sementara itu, Bersatu menjelaskan, CSA berkenaan bukan bermaksud parti itu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau menyertai kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Bersatu berkata perjanjian itu adalah kerjasama rentas parti berasaskan tuntutan dasar demi kestabilan negara dan kebajikan rakyat di mana struktur politik kedua-dua pihak kekal berasingan.

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

“CSA ialah satu instrumen politik matang di mana Ahli Parlimen bukan kerajaan memberikan sokongan bersyarat kepada kerajaan.

“Kerjasama berstruktur itu merangkumi sokongan terhadap undi percaya kepada Perdana Menteri, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan serta usul dan rang undang-undang kerajaan di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

“Langkah ini bagi memastikan tata kelola negara, kestabilan pengurusan dan penyaluran dana untuk rakyat berjalan lancar tanpa memerlukan Ahli Parlimen bukan kerajaan menyertai barisan Kabinet,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Bersatu berkata, parti itu komited mematangkan sistem demokrasi negara dengan meletakkan syarat mandatori pelaksanaan reformasi undang-undang yang menyeluruh.

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

Katanya, antara tuntutan itu ialah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pemisahan peranan Peguam Negara serta pendakwa raya.

“Had tempoh jawatan Perdana Menteri adalah langkah institusi bagi menjamin ketelusan tadbir urus dan mengelakkan pemusatan kuasa mutlak.

“Pemisahan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya pula adalah rangka kerja perundangan untuk memelihara kebebasan sistem kehakiman dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa sebarang campur tangan politik,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *