Bursa Malaysia Sedikit Rendah Pada Penutup Sesi Tengah Hari

Bursa Malaysia mengakhiri sesu dagangan tengah hari dengan ditutup sedikit rendah berbanding paras pembukaan pagi 3 September 2026.

KUALA LUMPUR, 3 Sep – Bursa Malaysia mengakhiri dagangan tengah hari dengan petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,710.54 mata, sedikit rendah berbanding paras pembukaan pagi tadi.

Prestasi menjelang penutup tengah hari terus didorong sentimen pelabur menantikan keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini serta menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.

Terdahulu, bursa dibuka tinggi pada Khamis, disokong kenaikan saham sektor kewangan, perladangan dan utiliti.

Prestasi Bursa Malaysia pada sesi penutup tengah hari pada 3 September 2026. Foto Yahoo Finance

Pada 9.05 pagi tadi, bursa meningkat 2.36 mata kepada 1,711.10 daripada 1,708.74 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.42 mata lebih tinggi pada 1,711.16.

Sentimen pasaran secara meluas positif dengan 152 kaunter untung berbanding 118 kaunter rugi, manakala 271 kaunter tidak berubah, 2,231 kaunter tidak diniagakan dan 17 kaunter digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 127.56 juta saham bernilai RM46.95 juta.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *