Bursa Malaysia Cemerlang, Lepasi Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.88 mata atau 0.67 peratus kepada 1,627.50 berbanding paras penutup 1,616.62 pada Jumaat minggu lalu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 MeiSaham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.88 mata atau 0.67 peratus kepada 1,627.50 berbanding paras penutup 1,616.62 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 1.66 mata kepada 1,618.28, bergerak antara paras 1,618.28 dan 1,629.81 sepanjang sesi dagangan.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.88 mata atau 0.67 peratus kepada 1,627.50 berbanding paras penutup 1,616.62 pada Jumaat minggu lalu. Foto Bernama

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 840 berbanding 460, dengan 488 kaunter tidak berubah, 591 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 6.98 bilion unit bernilai RM4.36 bilion berbanding 7.23 bilion unit bernilai RM4.54 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau juga positif, mendapat rangsangan daripada langkah China untuk menangani krisis hartanahnya dan jangkaan penurunan kadar faedah global.

“Di bursa tempatan, kami yakin dengan prospek pasaran, mendapat rangsangan daripada penilaian menarik dan aliran masuk dana asing yang berterusan. Selain itu, peningkatan jumlah dagangan harian juga menunjukkan minat yang tinggi dalam pasaran,” katanya.

Prestasi Bursa Malaysia Bukti Ekonomi MADANI Berdaya Tahan

Jumlah perdagangan Malaysia terus mencatatkan prestasi kukuh dan mengekalkan trajektori menaik pada April 2024, merekodkan pertumbuhan dua angka sebanyak 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.

Oleh itu, beliau menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,620-1,640 bagi minggu ini dengan paras rintangan segera pada 1,640 dan paras sokongan pada 1,590.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM9.99, Tenaga Nasional meningkat 18 sen kepada RM12.78 dan CIMB mengukuh tiga sen kepada RM6.84. Petronas Chemicals menokok sembilan sen kepada RM7.09 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.19.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenieur susut 1.5 sen kepada lapan sen, Top Glove turun satu sen kepada RM1.19 dan MYEG jatuh dua sen kepada RM1.02. Velesto Energy meningkat setengah sen kepada 29 sen dan Malaysia Building menokok lima sen kepada 94 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 90.36 mata kepada 12,398.54, Indeks FBMT 100 menokok 84.08 mata kepada 11,990.09, dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 120.19 mata kepada 12,642.40.

Indeks FBM ACE menambah 68.31 mata kepada 5,419.53 dan Indeks FBM 70 naik 140.46 mata kepada 17,781.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 81.50 mata kepada 17,727.11, the Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.97 mata kepada 197.79, Indeks Perladangan menokok 13.92 mata kepada 7,400.70 dan Indeks Tenaga menambah 12.23 mata kepada 998.18.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.56 bilion unit bernilai RM3.86 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM4 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.37 bilion unit bernilai RM196.59 juta daripada 1.76 bilion unit bernilai RM248.02 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.04 bilion saham bernilai RM308.79 juta daripada 887.54 juta saham bernilai RM288.02 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 796.69 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.46 bilion), pembinaan (337.41 juta), teknologi (549.16 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (178.02 juta), hartanah (479.66 juta), perladangan (41.34 juta).

REITs (26.28 juta), dana tertutup (116,200), tenaga (244.99 juta), penjagaan kesihatan (220.61 juta), telekomunikasi dan media (72.93 juta), pengangkutan dan logistik (67.29 juta), utiliti (76.66 juta), dan amanah perniagaan (1.41 juta).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *