BUDI95: Pelbagai Pihak Lega Subsidi Kembali 300 Liter

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Ogos 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Pelbagai lapisan masyarakat menyambut baik langkah Kerajaan MADANI mengembalikan kelayakan asas Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan penambahan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bermula esok.

Sudah pasti pengumuman istimewa daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di PICC, Putrajaya disifatkan sebagai langkah tepat dalam meringankan beban kos sara hidup selain dapat menstabilkan perbelanjaan bulanan isi rumah.

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri itu jelas mencerminkan pandangan rakyat dihargai pimpinan tertinggi negara, apatah lagi ia diumumkan menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026 disambut hari ini.

Dalam amanat itu, kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, dan BUDI Diesel dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter, berkuat kuasa esok.

​Rata-rata penerima manfaat menyatakan dengan kembalinya kuota berkenaan, ia memberikan kelegaan, khususnya dari segi kewangan bulanan dan membolehkan perbelanjaan diagihkan kepada keperluan asas lain.

Bagi Haris Abdullah, 44, langkah berkenaan memang membantu dirinya menguruskan perbelanjaan yang sedikit meningkat selepas rasionalisasi subsidi dilaksanakan April lalu.

Hantaran Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang menjelaskan pelarasan BUDI95 bersifat sementara pada 31 Ogos 2026.

“Alhamdulillah esok saya sekeluarga mampu berasa lega dengan kembalinya 300 liter subsidi kerana selama beberapa bulan ini, kami terpaksa berkongsi kuota sekiranya hampir habis terutama pada penghujung bulan,” katanya jujur.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menjelaskan dengan terpeinci mengapa subsidi BUDI95 dikembalikan.

Menurutnya, ramai terlupa atau sengaja buat lupa bahawa keputusan untuk menurunkan kuota ke 200 liter dibuat semasa perang di Iran tercetus dan ada gangguan bekalan di banyak negara.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelskan berhubung isu salah faham mengaitkan penggunaan kad pengenalan dalam kalangan ahli keluarga menggunakan inisiatif BUDI95, yang turut dikira satu kesalahan.

“Jelas disebut bahawa penyelarasan itu adalah SEMENTARA.

“Masa itu memang ada real possibility (kemungkinan nyata) bahawa bekalan akan terputus. Harga minyak juga melambung tinggi. Dua faktor membawa kpd (kepada) keputusan – harga & bekalan

“Kini walaupun harga minyak dalam tren menaik, tetapi bekalan kita stabil. Maka, dikembalikan 300L,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *