Bubar DUN Melaka Di Tengah-Tengah Krisis Negeri Sembilan

Bubar DUN Melaka Di Tengah-Tengah Krisis Negeri Sembilan

Pembubaran DUN Melaka hari ini diadakan ketika krisis politik di Negeri Sembilan menghimpit Umno yang memerintah kedua-dua negeri itu. Foto Bernama

PENDAPAT, 22 Sep – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijangka diumum dalam satu sidang akhbar khas di Auditorium Seri Negeri, Blok Laksamana di sini, pukul 2 petang ini, bakal diadakan dalam suasana hiruk pikuk krisis politik di Negeri Sembilan.

Walaupun Umno kelihatan ‘tidak kisah’ dengan apa yang berlaku di negeri jirannya itu, namun sedikit sebanyak tempiasnya pasti akan menjejaskan sentimen dan naratif pengundi di negeri itu.

Apa yang berlaku di Negeri Sembilan juga sedang menjadi buah mulut pengundi di Melaka kerana Umno memerintah kedua-dua negeri itu dan krisis tercetus mengundang persoalan tentang isu mempertahankan institusi diraja.

Kenyataan media pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober 2021.

Terdahulu, perkara itu dimaklumkan menerusi notis yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri yang mengundang para pengamal media.

Dalam jemputan itu, tiada butiran mengenai agenda atau perkara yang akan diumumkan Ab. Rauf Yusoh berhubung status kesemua 28 DUN di negeri itu.

Perkembangan itu mencetuskan spekulasi bahawa Ab. Rauf akan mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh penting kelak.

Mandat semasa kerajaan negeri akan berakhir pada 27 Disember ini dan masih terlalu awal menilai sejauh mana Umno mampu mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada 2021.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web