BRICS: Pemimpin Dunia Mula Tiba Di New Delhi, PM Anwar Dijadual Tiba Malam Ini

Presiden Russia, Vladimir Putin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi pada 10 September 2026 bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang bermula pada 12 September 2026. Foto India Today

NEW DELHI, 11 Sep – Kemeriahan Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi, pada hujung minggu ini semakin terasa apabila Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa antara pemimpin dunia yang tiba awal di ibu negara India itu semalam.

Dengan kawalan ketat kira-kira 50,000 anggota keselamatan India, kemeriahan diteruskan dengan ketibaan oleh Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Naib Presiden Uganda, Jessica Alupo; Naib Presiden Nigeria Kashim Shettima dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

Beberapa pemimpin lain seperti Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed dijangka tiba sekitar jam 5 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 2026 yang akan berlangsung di New Delhi pada 12 dan 13 September 2026.

Menurut senarai ketibaan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar India, ketibaan pesawat pemimpin BRICS dibahagikan di dua lokasi lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi dan Pangkalan Tentera Udara (AFS) Palam di New Delhi.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba hari ini pada 6.40 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) di AFS Palam setelah selesai menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjan Malaysia (MTPMA63) di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Menurut Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India, Sharifah Ezneeda Wafa, Anwar dijadual bertemu Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev; dan Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed, di sela-sela sidang kemuncak berkenaan.

“Selain Modi dan Putin, Perdana Menteri juga akan bertemu dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dan Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed di sela-sela Sidang Kemuncak itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden China Xi Jinping dijadual tiba pada pagi 12 September sebaik selesai melakukan lawatan ke luar negara bermula Rabu lalu.

Malaysia menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS adalah atas kapasitinya sebagai Negara Rakan BRICS terdiri daripada 10 anggota termasuk Thailand dan Mesir.

Sidang kemuncak itu yang akan dihoskan Narendra Modi bertemakan Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan, dengan tumpuan kepada pengukuhan daya tahan, kerjasama ekonomi serta pembaharuan perdagangan dan pelaburan.

Bharat Mandapam menjadi tumpuan seluruh dunia apabila Sidang Kemuncak BRICS ke-18 2026 yang akan berlangsung di New Delhi pada 12 dan 13 September 2026.

BRICS berpotensi memanfaatkan kekuatan ekonomi negara anggotanya memandangkan saiz pasaran kumulatif kumpulan itu merangkumi kira-kira 3.88 bilion penduduk dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$29.85 trilion atau 27.1 peratus daripada KDNK global.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *