Biden Terus Terima Sokongan Ahli Kongres Pertahan Jawatan Presiden

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hadir pada sambutan ulang tahun ke-75 NATO di Washington DC, semalam. Foto Facebook Joe Biden

WASHINGTON, 10 Jul – Joe Biden komited menamatkan penggal kedua jika dipilih semula pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) akan datang, menurut jurucakap Rumah Putih semalam.

Ketika ditanya oleh seorang wartawan sama ada presiden berusia 81 tahun itu berjanji untuk menamatkan penggal kedua empat tahunnya jika beliau mengalahkan bekas Presiden Donald Trump dalam pilihan raya November ini, jurucakap Karine Jean-Pierre menjawab: “Ya”, lapor Agensi Anadolu.

Biden berdepan desakan untuk menarik balik pencalonannya sejak prestasi buruk menentang Trump dalam debat presiden pertama mereka pada 27 Jun lalu.

Sehari sebelumnya, Jean-Pierre menafikan laporan Biden sedang dirawat kerana penyakit Parkinson selepas rekod pelawat menunjukkan seorang pakar neurologi terkemuka yang pakar dalam penyakit berkenaan melawat rumah eksekutif itu sebanyak lapan kali dalam tempoh lapan bulan.

Semalam beliau berkata pertemuan antara Biden dan pakar neurologi pada Januari tiada kaitan dengan rawatan perubatan.

Ketika ditanya mengenai ahli Kongres Demokrat yang mencadangkan beliau menarik diri daripada pencalonan, Jean-Pierre berkata terdapat ramai yang menyokongnya.

“Kami menghormati ahli-ahli Kongres dan pandangan mereka. Tetapi saya juga ingin menyatakan terdapat senarai panjang ahli kongres yang jelas menyokong presiden,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *