Berbilion Ringgit Rampasan Dana Awam Diseleweng Dikembalikan Kepada Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Ogos 2026.
PUTRAJAYA, 30 Ogos – Semua dana yang dirampas daripada hasil aktiviti haram melalui proses undang-undang dan keputusan badan kehakiman akan dipulangkan kembali terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan rakyat, maklum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, berkata dana awam yang diseleweng itu membabitkan nilai rampasan berjumlah berbilion ringgit.

“Kalau pun ada tindakan, merampas kekayaan dari tindakan badan kehakiman, undang-undang, atas keterlanjuran mana-mana syarikat atau perseorangan, rasuah atau salah guna kuasa, yang mencecah berbilion ringgit.
“… hari ini saya isytiharkan semua dana yang dirampas daripada hasil haram melalui proses undang-undang dan keputusan badan kehakiman, semua diperoleh itu berbilion ringgit akan dipulangkan terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan agensi penguat kuasa paling ke hadapan dalam memastikan penyelewengan dana awam disiasat dan diputuskan hakim tanpa campur tangan badan eksekutif.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
