Belia Perlu Punyai Integriti, Harga Diri, Maruah – Adam Adli

Hantaran di Facebook Adam Adli Abdul Halim yang mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2024 khusus buat para belia di seluruh negara. Foto Facebook Adam Adli

PUTRAJAYA, 15 Mei – Integriti adalah aspek yang penting diterapkan dalam diri belia untuk memperkukuhkan nilai moral seseorang individu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata belia pada hari ini perlu memiliki harga diri dan maruah yang tinggi dalam membentuk bangsa yang utuh.

“Kita harap melihat dalam diri diri mereka, apapun peranan yang diberi kepada mereka, sebagai pemimpin, pekerja, pendidik, apa sekalipun… sebagai anggota masyarakat biar ada integriti, biar ada harga diri dan maruah yang kuat.

Hantaran di Facebook Adam Adli Abdul Halim yang mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2024 khusus buat para belia di seluruh negara. Foto Facebook Adam Adli

“Itu baru kita dapat muncul sebagai sebuah bangsa yang tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di perasmian Program Semarak Hari Belia Negara di Menara KBS Putrajaya pada Rabu.

Beliau berkata nilai ini penting dalam memastikan belia masa kini tidak terpesong dari kompas moral tidak kira apa jua pekerjaan yang dilakukan.

“Mereka adalah orang orang yang jujur, amanah dalam perkhidmatan, jadi itu nilai yang saya harapkan pada hari ini,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *