Belanjawan 2027: Isu 10 Exco Negeri Sembilan Akan Dijawab Pada Sesi Penggulungan

IMG_8683

Azalina berkata, kementerian berkaitan akan memberikan penjelasan ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2027 kelak.

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Isu penamatan perkhidmatan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan akan dijelaskan ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perbahasan berhubung isu itu ketika ini masih berlangsung di Dewan Rakyat.

Menurutnya, kementerian berkaitan akan memberikan penjelasan ketika sesi penggulungan perbahasan berkenaan.

“Itu perbahasan. Perbahasan tidak habis lagi, banyak orang cakap macam-macam.

“Nanti apabila penggulungan, mana-mana kementerian yang relevan akan menggulung perbahasan,” katanya ketika sidang media Program Penataran Literasi Akta Antibuli 2026 di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Terdahulu, sambil menempelak situasi yang dialami kerajaan BN di bawah Ismail Lasim, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, mana-mana kerajaan negeri tidak mampu beroperasi hanya dengan keberadaan seorang menteri besar sahaja tanpa sokongan pentadbir setiap portfolio bagi mengurus perjalanan kerajaan negeri.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berucap pada Konvensyen DAP Negeri Sembilan di Seremban pada 11 Oktober 2026. Foto Parlimen PD

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu berkata, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi seperti biasa hampir dua bulan selepas mengambil alih pentadbiran, dengan keputusan penting berkaitan dasar serta kelulusan masih tertangguh.

Beliau mengulas tindakan 10 Exco menyokong deklarasi menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar dan kemudian dipecat bulan lalu yang membawa kepada ketiadaan Exco pengganti sehingga kini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *