Bekas Anggota Kumpulan Inteam Meninggal Dunia

Allahyarham Suhaimi Saad meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) jam 7.40 malam tadi.
KUALA LUMPUR, 15 Nov – Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Perkara tersebut disahkan Presiden Maljlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Che Mud.
“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd. Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bharu.
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” katanya menerusi WhatsApp.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan akibat pneumonia baru-baru ini.
Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan.
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang.”
Itu antara perkongsian terakhir yang dibuat bekas anggota nasyid itu pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web