Bayi Tertimbus Dalam Tanah Ditemui Masih Hidup!

Penemuan bayi lelaki yang masih hidup setelah tertimbus dalam tanah di Kapit, melegakan keluarga mangsa pada 29 Oktober 2026.
KAPIT, 29 Okt – Seorang bayi lelaki yang dilaporkan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport di sini semalam, ditemukan masih bernyawa walaupun kelihatan lemah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu, bayi yang baharu dilahirkan tu ditemukan anggota polis selepas terdengar tangisannya ketika menjalankan pencarian di lokasi berkenaan.
“Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.30 petang semalam. Pada waktu itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan menemukannya tertimbus dalam tanah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Rohana berkata bayi yang berada dalam keadaan kritikal itu dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan ibunya juga sudah dikenal pasti namun siasatan belum dilakukan kerana dia sedang dirawat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan, mendedahkan, atau menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk membuang atau tidak mahu menjaga bayi berkenaan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

