Bapa Kandung Didakwa Lakukan Amang Seksual

Bapa kandung yang didakwa lakukan amang seksual terhadap anak perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau.

TAWAU, 13 Mei – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 12 tahun, awal Mac lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak perempuannya di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Semporna kira-kira jam 12.01 tengah malam, 5 Mac lalu.

Bapa kandung yang didakwa lakukan amang seksual terhadap anak perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua dari seksaan itu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah dimarahi oleh tertuduh kerana pulang lewat dan menuduh mangsa keluar serta melakukan seks dengan rakan lelakinya.

Tertuduh cuba membuka seluar yang dipakai mangsa sebelum memegang dan menahan bahagian paha mangsa dengan alasan mahu memeriksa kemaluannya.

Mangsa kemudian meronta-ronta dan berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu tirinya yang kemudiannya membuat laporan polis pada hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suryana manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 11 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *