Banjir Landa Dua Kampung Di Bekenu

Anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) memeriksa paras air di kawasan sebuah rumah di Kampung Pintasan Tiris. Foto APM

MIRI, 18 Nov – Dua kampung iaitu Kampung Pintasan Tiris dan Kampung Lubuk Buinih di Bekenu, dekat sini, dilanda banjir pada pagi Sabtu.

Bagaimanapun, menurut Maklumat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, banjir setinggi hingga satu setengah kaki itu dilaporkan mulai surut semasa tinjauan dilakukan.

“Empat Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASTO) Daerah Subis diketuai Prebet (PA) Mohd Asmizul Taim bergerak ke dua kampung tersebut kira-kira jam 10 pagi untuk membuat pemantauan.

“Paras air di Kampung Pintasan Tiris setinggi satu setengah kaki manakala di Kampung Lubuk Buinih setinggi setengah kaki bagaimanapun semasa pemantauan keadaan air didapati mulai surut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

APM Miri berkata keadaan di kawasan tersebut masih terkawal dan selamat.

Anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) memeriksa paras air di kawasan sebuah rumah di Kampung Pintasan Tiris. Foto APM

Sehubungan itu, anggota APM turut menasihati penduduk untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika berasakan tidak selamat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *