‘Backfired’ – Liyana Marzuki

‘Backfired’ - Liyana Marzuki

MB UMNO Ismail Lasim yang dilantik pula sangat lemah. Flip flop sepanjang sebulan ini. Dilantik dan angkat sumpah taat setia kepada Yamtuan hari ini. Esoknya pergi sign proklamasi turunkan YamTuan yang sama. Bila ditanya katanya kena paksa.

PENDAPAT, 28 Sep – BACKFIRED.

Strategi UMNO di Negeri Sembilan banyak yang tak jadi.

  1. April, tebuk atap yang dipelopori YB Jalal terkandas setengah jalan. Dipatahkan Presiden UMNO dan Bersatu sekali. Tak merasa Jalal jadi MB. Taktik gelojoh yang meruntuhkan Kerajaan Perpaduan yang sedang berfungsi dengan baik.

  2. Ogos, walau tak dapat MB secara tebuk atap. Mereka dapat MB Shopee (bak kata Presiden) selepas PRN. Namun strategi nak turunkan Raja tak menjadi. Presiden pergi memohon sembah ke Yamtuan Tuanku Muhriz. Sekaligus menidakkan claim YamTuan Tepi.

  3. MB UMNO yang dilantik pula sangat lemah. Flip flop sepanjang sebulan ini. Dilantik dan angkat sumpah taat setia kepada Yamtuan hari ini. Esoknya pergi sign proklamasi turunkan YamTuan yang sama. Bila ditanya katanya kena paksa. Seminggu lepas tu EXCO dan MB kata proklamasi itu sah pula 🤦🏻‍♀️ Nampak sangat TURN COAT ini sebab ada yang menekan. Memilih kuda baru sambil mengharapkan kemenangan.

  4. September, EXCO UMNO pula bertindak paling SILLY dalam sejarah negara, keluarkan kenyataan mengesahkan proklamasi turunkan Raja yang bertakhta. Tak pernah dibuat orang jua. ULTRA VIRES kuasa mereka. Tunjukkan kad mereka secara terbuka. UMNO lah pelopor KUDETA. Tapi sama ada mereka lupa, atau alpa, semua tindakan ini memerlukan warta. Yang dibawah bidang kuasa Peguam Negara. Ini yang someone in Federal tak deliver. Sekarang mereka sangkut jua.

  5. Derhaka ini sudah diwarta. EXCO mereka dilucut jawatan dan terdedah kepada jenayah treason dan pendakwaan.

Di mana pendirian sebenar Umno Negeri Sembilan terhadap kesetiaan kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi mahu dijatuhkan? Foto Parlimen PD

Ini namanya backfired big time. Thinking middle dan fence sitters mula nampak warna sebenar parti keramat. Dah banyak kali jatuh pun tak beringat2.

Semalam Presiden UMNO sudah mula campur tangan dan mellow down. Katanya tiada keperluan darurat dan MB perlu mengadap YamTuan.

Ramai percaya ini kerana UMNO melihat sentiment analysis rakyat terbanyak and know that they are bleeding hard.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026.

Umno kena sedar, tidak pernah dalam sejarah negara. MB menang melawan Raja/ Sultan. Dari zaman 70-an hingga sekarang. Contoh Ghazali Jawi, Idris Jusoh dan Shahidan Kassim. Bila melawan Raja mereka yang terpelanting.

Dan jangan la ikut sangat style 1MDB. Trial by media ini yang memandirkan Rakyat dengan half truths dan propaganda, susah menjadi la. Sekarang zaman AI orang boleh fact check sudah.

Akhirnya trial by law yang akan mengatasi. Isu Undang ini biarlah mahkamah putuskan. Jangan dibuat lagi taktik2 dangkal untuk campur tangan. Tambah sudah backfired big time.

Mesyuarat Exco Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Ismail Lasim kini tinggal kenangan pahit yang amat sukar ditelan.

We can see through it already. Sudah2 la. Make amends with Yamtuan dan fokus mentadbir negeri.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web