Atalanta Benam Liverpool Di Anfield

Pemain Atalanta, Gianluca Scamacca meledak dua kali dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Liverpool di Anfield. Foto AFP

LIVERPOOL, 12 AprLiverpool dibelasah 3-0 oleh Atalanta selepas Gianluca Scamacca meledak dua kali untuk kelab Itali itu pada aksi suku akhir pertama Liga Europa di Anfield.

Sementara itu, sebuah lagi kelab bekas juara Eropah, AC Milan, turut tewas di laman sendiri kepada AS Roma, 1-0.

Atalanta mendahulu selepas 38 minit apabila Scamacca yang tidak dikawal melepaskan rembatan rendah mengatasi penjaga gol, Caoimhin Kelleher, hasil hantaran tepat Davide Zappacosta.

Scamacca menghukum pertahanan lemah Liverpool buat kali kedua pada minit ke-60 dengan memanfaatkan hantaran lintang Charles De Ketelaere sebelum Mario Pasalic meledak gol ketiga pada minit ke-83.

Pemain Atalanta, Gianluca Scamacca meledak dua kali dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Liverpool di Anfield. Foto AFP

Jaringan lewat permainan pemain gantian Bayer Leverkusen, Jonas Hofmann dan Victor Boniface memberikan kemenangan 2-0 buat pendahulu Bundesliga itu ke atas West Ham United.

Penjaga gol pelawat, Lukasz Fabianski bekerja keras menyelamatkan gawang West Ham sepanjang permainan sebelum Hofmann memecah kebuntuan pada minit ke-83 dan Bonface menemui sasaran dalam masa kecederaan.

Roma mengejutkan tuan rumah, AC Milan hasil tandukan padu Gianluca Mancini pada minit ke-17 selepas sepakan sudut Paulo Dybala.

Juara Portugal, Benfica menang 2-1 ke atas Olympique de Marseille di laman sendiri hasil jaringan Rafa Silva dan penyerang Argentina, Angel Di Maria.

Aksi timbal balik pusingan suku akhir ini akan berlangsung pada Khamis. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *