Asrama Terbakar: PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Pelajar UniMAP

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim ketika menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu. Foto Bernama

ARAU, 14 Mei – Nasib pelajar yang terkesan susulan kebakaran di aras bawah Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini pada awal pagi Sabtu lepas, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar yang juga Menteri Kewangan, yang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.

Mohd Syamil Aklmar berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim yang turut meninjau lokasi kejadian semalam.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim ketika menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka mengalami kerosakan akibat kebakaran itu. Foto Bernama

“Lapan pelajar menerima sumbangan hari ini manakala selebihnya akan diberi kemudian kerana mereka telah pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata sebanyak 564 pelajar terjejas akibat kebakaran itu dan anggaran kos membaik pulih bangunan yang terjejas belum diputuskan.

Pada 11 Mei lepas, media melaporkan 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP itu terbakar pada awal pagi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada 4.43 pagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *