Apollo Tawar AS$11 Bilion Beli Paramount Studios

Paramount Pictures yang dimiliki Paramount Global belum memberi sebarang komen berhubung cadangan Apollo itu. Foto AFP

NEW YORK, 21 MacFirma pelaburan AS, Apollo telah membuat tawaran berjumlah AS$11 bilion untuk membeli Paramount Studios, menurut laporan Rabu di Wall Street Journal.

Paramount Studio telah lama diintai untuk pembelian, dengan penstriman televisyen gergasi Netflix antara syarikat yang telah menyatakan minat dalam operasi di sebalik filem seperti “Top Gun: Maverick,” menurut laporan itu.

Apollo menawarkan lebih daripada AS$7.7 bilion permodalan pasaran Paramount Global, lapor jurnal itu.

Paramount Global bagaimanapun enggan mengulas berhubung tawaran tersebut manakala Apollo juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Paramount Pictures yang dimiliki Paramount Global belum memberi sebarang komen berhubung cadangan Apollo itu. Foto AFP

Saham konglomerat media massa dan hiburan Paramount Global mengakhiri hari dagangan rasmi dengan menokok hampir 12 peratus kepada AS$12.51. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *