APM Limbang Bantu Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital

Anggota APM Limbang menghantar mangsa ke hospital Limbang untuk mendapatkan rawatan hari ini.

LIMBANG, 15 Apr – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang bertindak pantas menghantar seorang pesakit yang sesak nafas menjalani rawatan ke hospital di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang (PA) Bonnie Madisun berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang terletak empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota dimaklumkan pengadu bahawa mangsa, seorang lelaki berusia 48 tahun dari Taman Damai B, mengadu sakit belakang dan sesak nafas.

“Anggota kita terus melakukan pemeriksaan terhadap mangsa sebelum menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selepas menghantar mangsa ke hospital anggota bergerak balik ke PKOD Limbang pada jam 10.53 pagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *