‘Anwar Tunjuk Potensi Pemimpin Seawal Usia 10 Tahun’ – Ustazah Salmah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menziarahi Ustazah Salmah (tengah) di kediamannya di Cherok Tok Kun di sini hari ini. Foto Bernama

BUKIT MERTAJAM, 18 Jun – Bekas guru agama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin sejak usia kanak-kanak lagi.

Salmah Abu Bakar, 84, berkata beliau mengajar pemimpin nombor satu negara itu di Madrasah Al-Ittihadiah Al-Wataniah Cherok Tok Kun semasa Anwar berumur 10 hingga 12 tahun.

“Anwar memang menunjukkan potensi yang besar sebagai pemimpin seawal usia 10 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikelilingi sanak saudara ketika menziarahi kediaman keluarga di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Melihat perwatakan dan cara beliau berinteraksi dengan rakan-rakan (pada masa itu), memang terlintas di hati saya bahawa beliau mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin apabila besar nanti.

“Beliau baik dan sentiasa menghormati orang lain. Saya mahu beri semangat kepadanya agar sentiasa berpegang kepada sifat-sifat Allah dan jangan putus asa,” katanya kepada pemberita selepas Anwar menziarahinya di kediaman ustazah itu di Cherok Tok Kun di sini hari ini.

Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di rumah Salmah pada 11.30 pagi dan meluangkan masa lebih kurang 20 minit, selepas menghadiri Program Korban Perdana MADANI Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *