Anak Muda Perlu Utamakan Kelangsungan Masa Depan Malaysia – PM Anwar

IMG_7162

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu golongan muda mengutamakan masa depan Malaysia dengan memperkukuh perpaduan dan menjadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Perdana Menteri menegaskan, kekuatan itu penting untuk mengangkat martabat negara serta memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Meskipun setiap individu berhak memperjuangkan kepentingan kaum atau agama masing-masing, namun perkara itu perlu dilihat dalam kerangka lebih besar demi kepentingan dan masa depan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

“Saya yakin, walaupun negara ini kadang-kadang dibawa kepada perbincangan mengenai suku kaum dan kelangsungan sesuatu kaum atau komuniti, namun perkara yang lebih penting dan kritikal ialah memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkat demikian ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Pada forum berkenaan Perdana Menteri turut menceritakan sejarah beberapa negara yang pernah berpecah akibat konflik serta kebencian yang berpunca daripada perbezaan kaum dan agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia dilihat sebagai asas perpaduan dan kekuatan tersendiri dalam usaha menyokong kemajuan negara agar boleh bersaing di peringkat global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026 di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026. Foto PMO

Golongan muda juga perlu menolak pemikiran negatif hingga boleh memecah-belahkan masyarakat, selain bersama-sama membina sebuah negara yang hebat msekali gus mengekalkan keharmonian sedia ada.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *