AMK Terus Perkasa Organisasi Bantu Belia Bandar – Adam Adli

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (kiri) bersama Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai pada sesi sembang santai bersama Adam Adli di Wangsa Maju malam tadi. Foto Facebook Andre Lai

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan terus memperkasa organisasi dan menambah program-program bersesuaian bagi membantu belia bandar terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Jelas ketuanya Adam Adli Abdul Halim, ini penting bagi memastikan golongan itu terus menerima bantuan dalam siri-siri jelajah ke negeri-negeri anjuran AMK.

“Wilayah Persekutuan (WP) tetap kekal sebagai salah satu negeri yang penting bagi Kerajaan Perpaduan, oleh itu AMK akan terus memperkuatkan organisasi dan program-program di setiap cabang untuk merangkumi setiap segmen belia di ibu kota.

“Terima kasih kepada saudara Naqib dan pimpinan AMK WP yang telah menyusun program ini dengan baik,” katanya pada program Sembang Santai di Wangsa Maju dekat sini malam tadi.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (kiri) bersama Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai pada sesi sembang santai bersama Adam Adli di Wangsa Maju malam tadi. Foto Facebook Andre Lai

Yang turut hadir, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr. Abdul Basir V Kunhi Mohamed, Andre Lai Chen Heng, Bendahari KEADILAN Wilayah Persekutuan Mohd Fikri Khalid dan barisan kepimpinan AMK cabang.

“Insya-Allah saya akan teruskan jelajah ke setiap negeri bagi bertemu seramai mungkin rakan-rakan AMK,” ujarnya lagi.

Kira-kira 40 anggota sayap parti itu melontarkan pelbagai pandangan yang diulas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Dalam pada itu Andre Lai mengucapkan syabas dan tahniah kepada Adam Adli kerana berani bersemuka dan mendengar pelbagai lontaran isu-isu semasa yang diajukan AMK WP.

Terdahulu pada sebelah pagi, beliau mengulas trend pengundi muda kekal sama pada Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu dibandingkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Adam Adli (tengah) bersama AMK Wilayah Persekutuan pada sesi sembang santai yang diadakan di Wangsa Maju malam tadi. Foto Facebook Adam Adli

Ramalan Pembangkang Meleset

Beliau berkata, ramalan pembangkang bahawa akan berlaku peralihan undi juga meleset apabila terdapat sedikit peningkatan undi yang agak baik dari segi majoriti kepada Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, apa yang penting, usaha perlu diteruskan dengan lebih baik untuk menyakinkan golongan muda bahawa mengundi kerajaan adalah pilihan terbaik buat mereka.

“Trend pengundi muda stagnant, masih sama dan ada berlaku sedikit perubahan. Itu pun kita perlu rujuk balik banyak data. Yang boleh kita nampak keyakinan terutama pembangkang berlaku peralihan undi dan itu tidak berlaku.

Adam Adli mengulas pelbagai pandangan daripada AMK Wilayah Persekutuan semasa sesi sembang santai yang diadakan di Wangsa Maju malam tadi. Foto Facebook Adam Adli

“Sebaliknya ada peningkatan undi yang agak baik dari segi majoriti terutamanya meningkat kalau kita banding pilih raya yang lepas.

“Dari sudut anak muda maksudnya yang usia bawah 40 tahun, dia stagnant tiada perubahan yang ketara cuma kita akui kita perlu berusaha lebih baik dan yakinkan memilih kerajaan itu adalah satu pilihan yang baik terutamanya buat pengundi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Bandar Tun Razak, pada Ahad.

Beliau diminta mengulas kemenangan Pang Sock Tao yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan mewakili Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti 3,869 dalam PRN yang berlangsung semalam.

Mengulas lanjut, Adam Adli mengakui pihaknya memahami terdapat pengundi muda yang memiliki trend kurang keyakinan kepada kerajaan walaupun mereka bukan penyokong mana-mana parti.

Ini kerana kerajaan sedar golongan itu berdepan cabaran ekonomi yang jauh lebih besar dirasai berbanding golongan umur 40 tahun yang sudah memiliki pendapatan yang stabil.

“Sebab itu mereka terjemahkan kepada sistem dan kerajaan. Jadi kitaa di pihak kerajaan kena perbaiki kos sara hidup dan keyakinan orang muda bahawa kita di landasan betul.

“Dalam mana-mana libat urus dengan golongan muda, kita sentiasa maklumkan bahawa kita, sedang bawa masuk pengembangan ekonomi baharu yang lebih mesra dengan golongan muda dan buka peluang pekerjaan yang lebih baik dan peningkatan gaji yang ketara,” katanya.

Adam Adli juga memberitahu, isu yang memecah-belah maasyarakat juga tidak lagi mendapat tempat di hati pengundi pada PRK KKB.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *