Alami Masalah Kesihatan, MEKAR JPN Turun Bantu Warga Emas Dapat MyKad Baharu

IMG_0163

Pasukan Unit MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak cawangan Sibu kerap turun padang membantu warga emas yang kurang sihat mendapatkan MyKad baharu pada 4 Ogos 2026. Foto JPN Sarawak

SARIKEI, 5 Nov – Kehadiran pasukan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turun ke kediaman penduduk bagi membantu warga emas yang berdepan kesukaran mendapatkan MyKad baharu akibat masalah kesihatan, menerima reaksi positif pelbagai pihak.

Menetap di Sungai Sebanyak, di sini, warga emas yang dikenali sebagai Hii itu sebelum ini berdepan kesukaran mendapatkan kad pengenalan bagi warganegara itu berikutan kerosakan cip pada dokumen berkenaan.

Situasi berkenaan turut menjejaskan pergerakannya yang mahu menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disediakan kerajaan namun dengan inisiatif JPN, akhirnya isu berkenaan dapat diselesaikan.

Pasukan Unit MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak cawangan Sibu kerap turun padang membantu warga emas yang kurang sihat mendapatkan MyKad baharu pada 4 Ogos 2026. Foto JPN Sarawak

Untuk itu, keluarga Hii mendapatkan bantuan Pengerusi DAP Cawangan Sarikei, Roderick Wong bagi menyelaraskan urusan penggantian MyKad menerusi perkhidmatan lawatan ke rumah oleh JPN.

Susulan itu, pasukan MEKAR JPN bersama Roderick mengadakan lawatan khas ke kediaman Hii semalam bagi membantu menguruskan permohonan penggantian kad pengenalannya.

Roderick berkata, inisiatif MEKAR merupakan perkhidmatan bergerak JPN yang membolehkan golongan tertentu mendapatkan kemudahan berkaitan pendaftaran dan dokumen pengenalan diri tanpa perlu hadir sendiri ke kaunter jabatan berkenaan.

Pasukan Unit MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak cawangan Sibu kerap turun padang membantu warga emas yang kurang sihat mendapatkan MyKad baharu pada 4 Ogos 2026. Foto JPN Sarawak

Menurutnya, perkhidmatan itu amat penting khususnya bagi golongan orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar, warga emas yang mempunyai masalah pergerakan, pesakit kronik serta penduduk di kawasan pedalaman dan terpencil.

“Melalui perkhidmatan ini, pegawai JPN akan turun padang dengan membawa peralatan bersesuaian untuk membantu individu yang tidak berupaya hadir ke pejabat atas faktor kesihatan atau kekangan fizikal.

“Ini memastikan mereka yang memerlukan tidak tercicir daripada mendapatkan perkhidmatan kerajaan, terutama berkaitan dokumen pengenalan diri yang penting dalam urusan harian,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *