Akibat Ribut, 28 Rumah Rosak Teruk, 300 Terjejas

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang 3 Mei 2026. Foto Tan Eng Meng

PONTIAN, 3 Mei – Sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan teruk apabila kediaman mereka dilanda ribut di Jalan Rezab 1, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, ribut disusuli dengan hujan menyebabkan 300 mangsa terjejas dengan kejadian tersebut.

Keadaan rumah dilanda ribut di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di Pontian, petang 3 Mei 2026. Foto ihsan penduduk

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4 petang berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sebaik sahaja Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba, terdapat kejadian ribut melibatkan 28 rumah.

“Semua mangsa berjaya menyelamat diri keluar dari rumah dan tiada kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Katanya, operasi diketuai oleh Komander Operasi PBK 1, Md. Bakhtiar Chik dibantu dengan sembilan anggota dan sebuah Fire Rescue Tender (FRT).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *