‘Akak Gomen’ Sanggup Datang Jauh, Rupanya Dicekup Khalwat

IMG_9941

Wanita berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai penjawat awam itu ditahan bersama teman lelakinya berstatus duda, 30-an kira-kira pukul 11.35 malam 2 November 2026. Foto hiasan

BATU PAHAT, 3 Nov – Seorang wanita sanggup meredah perjalanan lebih 100 kilometer dari Melaka ke bandar ini untuk bertemu kekasihnya sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat di sebuah hotel di sini malam tadi.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam kenyataan berkata, wanita berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai penjawat awam itu ditahan bersama teman lelakinya berstatus duda, 30-an kira-kira pukul 11.35 malam.

Menurut JAINJ, pasangan terbabit memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan, termasuk mendakwa sudah bernikah selain lelaki berkenaan turut dipercayai mempunyai rekod dikehendaki polis berkaitan satu kesalahan jenayah lain.

Banyak kes khalwat termasuk lelaki ditangkap bersama pasangannya yang disyaki melakukan khalwat sempena cuti Deepavali dalam satu operasi JAINJ di Pasir Gudang pada 20 Oktober 2025. Foto JAINJ

Bagaimanapun, JAINJ berkata, pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau bukti sokongan termasuk gambar pernikahan mereka.

“Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu mula berkenalan menerusi media sosial kira-kira dua bulan lalu sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Wanita berkenaan juga dipercayai baru beberapa bulan berpisah dengan suaminya,” kata kenyataan itu.

Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor atas kesalahan berkhalwat.

Tambah JAINJ, lelaki terbabit kini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. – Kosmo Online

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *