Agong Terima Menghadap PM Anwar Di Istana Bukit Tunku Pagi Ini

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku pada 29 September 2026. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR, 29 Sep – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada sesi itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa berkepentingan negara.

Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Seri Paduka Baginda itu berlangsung selama sejam di Istana Bukit Tunku, di sini.
Sesi pertemuan berkenaan merupakan rutin mingguan pentadbiran kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus terpelihara.

Untuk rekod, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober depan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
