Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang dimuat naik oleh Sultan Ibrahim di laman Facebook, hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 9 AprYang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda menyeru orang ramai agar menyambut kedatangan bulan Syawal dengan penuh rasa gembira.

“Beta dan isteri ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.

“Mudah-mudahan, segala amalan yang telah dibuat pada bulan Ramadan yang lalu akan mendapat keberkatan dan diterima olehNya,” titah baginda.

Poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang dimuat naik oleh Sultan Ibrahim di laman Facebook, hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda bertitah agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama meraikan bulan Syawal dengan amalan ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim serta mengukuhkan perpaduan masyarakat.

“Ambillah peluang untuk bermaaf-maafan sesama kita, terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati. Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita.

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat ilahi semoga dikurniakan rahmat, keamanan dan kemakmuran yang sempurna lagi berkekalan kepada negara serta semua Bangsa Malaysia,” ujar titah itu lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *