69 Warga Asing Ditahan Dalam Serbuan Bersepadu Imigresen

JIM menahan kumpulan warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 di sekitar Kulai di sini, semalam. Foto JIM Johor

KULAI, 30 Ogos – Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 69 warga asing hasil serbuan bersepadu di beberapa premis di sini, semalam.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 47 lelaki dan 22 wanita berusia antara 24 hingga 45 tahun.

JIM menahan kumpulan warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 di sekitar Kulai di sini, semalam. Foto JIM Johor

Beliau berkata, operasi dijalankan di sebuah kilang elektronik, pusat cucian kenderaan dan bangunan rumah kedai hasil risikan serta aduan berhubung premis yang disyaki turut dijadikan tempat tinggal warga asing.

Katanya, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

JIM menahan kumpulan warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 di sekitar Kulai di sini, semalam. Foto JIM Johor

“Menerusi operasi itu pihaknya turut memeriksa status dokumen perjalanan warga asing, ketulenan pas dan permit serta pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan kepada majikan.

“Imigresen turut mengeluarkan tujuh keping saman Borang 29 kepada saksi bagi membantu siasatan.

JIM menahan kumpulan warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 di sekitar Kulai di sini, semalam. Foto JIM Johor

“Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika bagi siasatan lanjut.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *