60 Penghuni Hilang Tempat Tinggal Blok Rumah Sewa Terbakar

Kebakaran yang memusnahkan dua blok rumah sewa di Jalan Sibiyu awal pagi tadi. Foto JBPM

BINTULU, 21 NovSeramai 60 penghuni hilang tempat berteduh apabila dua blok rumah sewa di Jalan Sibiyu di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan bantuan BBP Kidurong ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 1.38 pagi.

“Sampai di lokasi, pasukan mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah blok rumah sewa dua tingkat dan merebak ke sebuah lagi blok satu tingkat berdekatan,” katanya.

Pasukan bomba kemudiannya memulakan kerja-kerja memadam kebakaran dan selepas hampir tiga jam api akhirnya berjaya dikawal.

“Kebakaran tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kesemua penghuninya berjaya keluar lari menyelamatkan diri,” katanya operasi ditamatkan pada 7.59 pagi.

Kebakaran yang memusnahkan dua blok rumah sewa di Jalan Sibiyu awal pagi tadi. Foto JBPM

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Turut difahamkan bahawa kesemua mangsa terjejas menetap sementara di rumah sanak-saudara berdekatan sementara menunggu bantuan susulan tiba.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *