4,500 Berpindah Empangan Pecah Akibat Banjir

Ribuan penduduk berpindah ekoran banjir di bandar Orsk, wilayah Orenburg di Rusia yang turut menyebabkan empangan pecah. Foto AFP

ORENBURG, 7 Apr – Rusia pada Sabtu berkata, ia memindahkan hampir 4,500 orang di wilayah Orenburg di selatan Ural akibat banjir selepas empangan pecah.

Perkhidmatan kecemasan bekerja sepanjang malam selepas empangan pecah di bandar Orsk, berhampiran sempadan dengan Kazakhstan, pada Jumaat.

Perkhidmatan akhbar gabenor Orenburg berkata: “4,402 orang, termasuk 1,100 kanak-kanak” dipindahkan dan lebih 6,000 rumah terjejas akibat banjir selepas hujan lebat.”

Presiden Vladimir Putin mengarahkan Menteri Situasi Kecemasan, Alexander Kurenkov ke wilayah itu, kata jurucakap Kremlin pada lewat Sabtu.

Ribuan penduduk berpindah ekoran banjir di bandar Orsk, wilayah Orenburg di Rusia yang turut menyebabkan empangan pecah. Foto AFP

Pihak berkuasa juga membuka kes jenayah kerana “kecuaian dan pelanggaran peraturan keselamatan pembinaan” ke atas empangan pecah, yang dibina pada 2014.

Pihak berkuasa berkata, keadaan sukar di seluruh wilayah, memberi amaran mengenai paras air berbahaya di SAungai Ural di bandar utama Orenburg.

Datuk Bandar di bandar berpenduduk setengah juta itu, Sergei Salmin berkata, pihak berkuasa akan memindahkan orang ramai secara paksa dari zon banjir, jika perlu.

Beliau berkata, paras air Sungai Ural meningkat ke paras berbahaya dan akan meningkat lagi.

“Keadaan ini membuatkan anda tiada pilihan. Pada waktu malam, sungai boleh mencapai tahap kritikal,” katanya.

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev berkata, banjir itu adalah salah satu bencana alam terburuk di Kazakhstan dalam tempoh 80 tahun.

Beliau menggesa pihak berkuasa di negara Asia Tengah itu bersedia membantu mereka yang terjejas.

Perkhidmatan kecemasan Rusia menyiarkan imej pekerja penyelamat melalui kampung dengan bot dan hoverkraf.

Beberapa wilayah di Ural dan barat Siberia terjejas oleh banjir sejak permulaan musim bunga.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *