4 Maut Gempa Bumi Magnitud 4.9 Gegar Timur Laut Iran

Gempa bumi sekuat 4.9 menggegar Kashmar pada jam 1.24 tengah hari itu turut merosak atau memusnahkan sebahagian besar bangunan yang usang. Foto AFP

TEHRAN, 18 Jun – Sekurang-kurang empat maut dan 120 lagi cedera apabila gempa bumi berukuran 4.9 magnitud melanda bandar Kashmar di timur laut Iran, hari ini.

Media melaporkan Gabenor Kashmar, Hajatollah Shariatmadari yang memberikan angka mangsa terbabit, berkata gempa bumi pada jam 1.24 tengah hari itu turut merosak atau memusnahkan sebahagian besar bangunan yang usang di kawasan dalam dan luar bandar itu.

Beliau berkata, seramai 35 mangsa sudah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, setakat ini.

Stesen televisyen negara ini menyiarkan rakaman keadaan selepas gempa itu yang menunjukkan pasukan kecemasan bertungkus lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di celah runtuhan bangunan.

Sementara itu, agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula memaklumkan, gempa bumi terbabit merekodkan kedalaman 10 kilometer (km). – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *