3R: KEADILAN Wangsa Maju Lapor Polis Terhadap Fitnah Pesuruhjaya Pas WP

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai (dua dari kiri) dan Ketua AMK Cabang Wangsa Maju Mohammad Azfar Aza Azhar (tiga dari kiri) membuat laporan polis di Balai Polis Setapak hari ini susulan fitnah yang dilakukan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan. Foto Andre Lai

KUALA LUMPUR, 26 Dis – KEADILAN Cabang Wangsa Maju dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Wangsa Maju membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Azhar Yahya kerana mengeluarkan kenyataan berbaur 3R (Racist, Religion, Royal).

Laporan dibuat di Balai Polis Setapak di sini oleh Ketua Cabang, Andre Lai dan Ketua AMK Cabang, Mohammad Azfar Aza Azhar menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut kerana hantaran itu dipercayai menyebabkan kegusaran awam terutama di Wilayah Persekutuan.

“Ketika saya berada di rumah, saya telah membuka aplikasi X dan mendapati akaun @paspusat telah memuat naik kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Bin Yahya.

“Di dalam posting tersebut, saya mendapati Azhar bin Yahya telah membuat kenyataan berunsur perkauman yang jika tidak dibendung akan menyebabkan situasi ketegangan kaum dalam negara ini,” ujarnya menerusi kenyataan kepada polis yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai (dua dari kiri) dan Ketua AMK Cabang Wangsa Maju Mohammad Azfar Aza Azhar (tiga dari kiri) membuat laporan polis di Balai Polis Setapak hari ini susulan fitnah yang dilakukan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan. Foto Andre Lai

Andre Lai dan Mohammad Azfar mendakwa hantaran berkenaan iaitu berbunyi “Apa yang dibimbangkan jika pilihanraya PBT diadakan akan berlaku monopoli kaum khususnya kaum Cina dalam menguasai kerusi PBT di Kuala Lumpur. Buktinya, Parlimen Kepong, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang, Segambut, dikuasai oleh DAP manakala kerusi Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak adalah kawasan campuran yang majoritinya dikuasai oleh kaum selain Melayu.”

“PAS WP tidak bercakap mengenai soal rasis (perkauman), tetapi apakah jaminan bahawa orang Melayu dapat kerusi dan suara majoriti bagi memastikan hak dan keistimewaan Agama Islam dan Bangsa Melayu dipertahankan seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. PAS WP merasa musykil agenda apakah yang DAP mainkan dengan cadangan seperti itu,” menurut hantaran berbaur fitnah itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Tambah Andre Lai yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, kenyataan tersebut jelas sekali mempunyai unsur perkauman dan cuba untuk melaga-lagakan hubungan antara kaum Melayu dan Cina serta menimbulkan ketegangan kaum.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai (kiri) dan Ketua AMK Cabang Wangsa Maju Mohammad Azfar Aza Azhar (dua dari kiri) membuat laporan polis di Balai Polis Setapak hari ini susulan fitnah yang dilakukan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan. Foto Andre Lai

Dakwaan-dakwaan tersebut adalah bersifat serius bertujuan untuk mengancam ketenteraman awam dan diwar-warkan untuk menimbulkan ketegangan di dalam negara ini.

Kenyataan ini menurut Andre Lai juga berbaur fitnah kerana jumlah pengundi di parlimen Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak masih lagi bermajoritikan orang Melayu dan bukannya seperti dakwaan Pas.

“Saya membuat laporan polis ini supaya dakwaan-dakwaan individu tersebut disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 kerana membuat fitnah, Seksyen 504 kerana membuat kenyataan bertujuan untuk menggugat ketenteraman awam dan di bawah undang-undang lain yang sedia ada,” ujar beliau.

Imej tangkap layar kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan di akaun X rasmi parti itu pada Isnin. Foto X

Kenyataan tersebut turut dimuatnaik di semua saluran parti itu di YouTube, Instagram, Facebook dan X parti itu.

Semakan mendapati hantaran yang dimuat naik jam 11.01 pagi semalam di X itu masih lagi tidak diturunkan.

Malah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyelar dakwaan melulu Pas itu menerusi hantaran di X semalam.

“Saya tak faham macam mana PAS kira majoriti. Macam mana 40% lebih banyak daripada 60% pulak ni?

Hantaran di X Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menyindir pemimpin Pas memfitnah dengan membuat tuduhan palsu. Foto X Fahmi Fadzil

Patutlah dulu PH ada 82 kerusi, dia yang 74 kerusi pulak mengaku ada majoriti chukop jumlohh,” sindir Fahmi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *