IMG_0199

Rupanya tahun 2024 dulu, Zahid Hamidi pernah tuduh Pas sebagai Dajjal tetapi mungkin disebabkan 47 kes, ‘Dajjal’ yang dilabelkannya mungkin dapat mengelak dari dipenjara!

PENDAPAT, 5 Nov – Jika Abdul Hadi Awang mengeluarkan perkataan ‘Dajjal’, rupanya Ahmad Zahid pernah mendakwa Pas pula juga sebagai ‘Dajjal’.

  1. Tahun 2021, semasa Ismail Sabri dipilih sebagai PM, dan PAS sebahagian dari Kerajaan Persekutuan pada masa itu.

  2. Manakala Anwar Ibrahim pula sebagai Ketua Pembangkang.

  3. Untuk memastikan kerajaan stabil, dan dapat memerintah dengan baik sehingga habis penggal berkenaan, maka kerajaan telah menawarkan satu perjanjian persefahaman dengan pembangkang.

  4. Pembangkang tidak kacau kerajaan, dan kerajaan pula perlu jaga pembangkang. Situasi menang-menang.

  1. Sampai satu tahap, kerajaan menaik taraf jawatan ketua pembangkang kepada bertaraf menteri. Pada masa itu juga kita mempunyai seorang Duta Timur Tengah yang bertaraf menteri.

  2. Pejabat kedutaannya bukan di Dubai, Jeddah atau Doha. Jika tidak salah di Rusila.

  3. Apabila Anwar Ibrahim menjadi PM, beliau telah melantik TPM 2 , Fadillah Yusof sebagai wakil kerajaan untuk berbincang dengan pembangkang dalam soal kerjasama, termasuklah peruntukan.

  4. Mereka tidak mahu berbincang…tidak mahu ada persefahaman. Sebab mereka ingat boleh tukar kerajaan di tengah jalan.

  1. Sebaliknya mereka pergi berbincang dengan TPM 1 di Bangkok, dalam apa yang dinamakan Langkah Bangkok.

  2. Lain yang orang minta, lain yang dia buat….

  3. Sekarang pula, apabila ada ahli2 parlimen pembangkang yang lain, termasuklah Saddiq, setuju menandatangani persefahaman yang dinamakan CSA dengan kerajaan melalui TPM 2, tiba2 mereka meloncat.

  4. Tiba2 keluar ‘fatwa’ dajal pula dah….

  5. Sedangkan pada tahun 2021, sewaktu mereka jadi kerajaan, mereka sambut baik perjanjian dengan pembangkang.

  1. Itulah perangai orang yang sebahagian orang menganggapnya maksum, suci dan bla bla bla….

  2. CSA itu sebenarnya kecil, tidak banyak sangat yang dapat dinikmati, itu pasal mereka tidak mahu dan menganggap ianya dajal.

  3. Berbanding pada tahun 2021, mereka jadi kerajaan, jadi menteri, timbalan menteri dan bla bla bla, habuan dan kemudahan lebih banyak, itu pasal disambut baik dan ketika itu TIDAK dajal.

  4. Tetapi..tetapi….seandainya hari ini Anwar Ibrahim menawarkan kepadanya jawatan Penasihat Kerajaan Bertaraf PM, dengan gaji serta elaun yang baik, kenderaan yang gah, eskot polis pula, dan kemudahan jet kerajaan untuk bergerak ke sana sini, maka hukumnya akan berubah lain pula.

  1. Maka akan keluarlah seruan, wajib semua rakyat taat dan patuh kepada Anwar Ibrahim. Kerana beliau seorang pemimpin yang baik, alim, zuhud, dan bla bla bla….

  2. Itulah ujian buat kita yang bernama manusia. Apabila masuk bab habuan, tidak kira siapa, dan alim tahap mana sekali pun….

  3. Nak naik pentas ceramah bukan main lagi, bukan setakat dia ja berwudhu sebelum ceramah, rostrum dan mikrofon yang dia nak guna itu pun turut diwhudhukan. Tapi bila masuk bab habuan Jubah boleh terselak, serban boleh melayang.

  4. Sama2lah kita jaga diri kita, termasuk saya. Ujian hidup untuk kita yang bernama manusia ini sangat berat wahai Tuan2 dan Puan2.

  1. Waktu kita susah ujiannya lain, waktu kita senang ujiannya lain pula. Dulu waktu dapat jadi MB, jadi exco, ujiannya lain. Masa itu dikerahnya umat Islam dan bangsa melayu supaya sokong DAP.

  2. Apabila naik pangkat sikit, dapat merasa jadi menteri, timbalan menteri, menang lebih kerusi sikit, ujiannya lain pula. Dia mari dengan dajal pula kali ni….

  3. Fuhhh…habuan dunia ini memang best kawan2 ku sekalian. Nak2 pula jika kita pandai godam hukum hakam, hadis dan sirah…lagi best….fuhhhh….

  4. Serupa orang yang pandai godam sistem internet lah….dia pandai buat, dia boleh masuk ke sistem kewangan online atau apa2 yang bernilai, maka dia akan dapatlah hasilnya.

  5. Kepada kita dia tawarkan macam2 tawaran akhirat. Manakala untuk dia sendiri, habuan dunia yang dinikmati.

Oleh Mohd Faisal

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *