13 Terbunuh Kemalangan Bas Di Pakistan

ISLAMABAD, 20 Mei – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di daerah Sukkur, di wilayah Sindh selatan Pakistan pada pagi Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Bas itu dalam perjalanan dari bandar Multan di timur wilayah Punjab menuju ke bandar pelabuhan selatan Karachi, di wilayah Sindh, kata Penguasa Polis di Sukkur, Irfan Samo kepada media.

Siasatan mengenai punca nahas sedang dilakukan. Menurut laporan media tempatan nahas dipercayai berpunca pemandu bas itu hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam.

Pegawai perubatan hospital, Pervaiz Akhtar berkata enam mangsa maut di tempat kejadian sementara yang lain meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *